Thursday 6 April 2017

diet atkins

Bismillahir rahmanir raheem,

Assalamualaikum semua.

Da lama sangat tidak menulis di blog, sampaikan aku sudah lupe passwordnya. alhamdulillah auto save dalam laptop ni 😍. Hari ini adalah 1st day aku buat diet atkins. kau tahu tak kenapa aku start diet atkins ni? Sebab berat badan aku dan naik 61.5 kg 😥punca utama adalah aku sering makan malam. yer, makan malam yang berat. contohnya nasi goreng kampung, nasi putih ngan tomyam, nasi putih dengan sup daging dan macam-macam lagi. paling heaven, bila datangnya hari rabu sebab ada pasar malam.

bila fikir pasal kesihatan diri dan bila tengok di cermin, badan sudah semakin melebar..aku baru tersedar. banyak baju2 semua sudah tidak muat dan bahagian perut semakin buncit dan muka semakin melabar.

nak menulis di dalam buku mengenai diet aku, rase macam tiada buku pulak. akhirnya aku buat keputusan untuk menulis dalam blog. sebagai rujukan aku dan juga kepada pembaca-pembaca di luar sana.

aku start diet malam semalam, lepas aku baca FB diet atkins, nak cari semangat untuk mengamalkan diet ini semula. Menu malam tadi adalah sup sayur sawi & meat ball dan telur ayam. di samping itu, aku ada juga makan kopok yang digoreng untuk muhammad khalid dan abi nya..😊😎

pg tadi timbang masih 61.5kg, aku mohon pada Allah untuk bantu aku terus istiqomah menjalani diet atkins. bukan untuk cantik dan riak tapi untuk kesihatan.

menu brekfast:

sosej frankfurt 3 keping card 5.1 g
omellete 2 biji telor


lunch
sup sayur lebihan dari dinner semalam.

dinner nanti, planning nak goreng brokoli dengan telor sahaja.

SAY NO TO SUGAR OR SWEET

intermittent fasting (IF) - aku buat ini

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua, Tajuk catchy sgt.. bukan untuk attract attention from uols tau, tp lebih untuk memotivasik...